|
Baca Quran Untuk Simati Dan Hadiah Pahala :
Pendapat Ulamak Muktabar • Harus baca Quran atas mayat
• Harus baca Quran Dikubur • Harus hadiahkan pahala kepada mayat • Sampai pahala baca Quran
kepada mayat samada dekat atau jauh
Berkata Imam Nawawi pada kitab Raudhah : ‘Ditanya akan Qadhi Abu Thoyyib
daripada membaca Al-Quran pada tanah perkuburan maka ia berkata “Pahalanya bagi yang membaca dan adalah mayat itu seperti
orang yang hadir. Diharapnya baginya akan rahmat dan berkat. Maka disunatkan membaca Al-Quran pada perkuburan atas ini makna.
Dan juga berdoa mengiringi bacaan Al-Quran itu lebih hampir bagi diperkenankan.”
Kemudian berkata Syeikh ‘Adil
Ahmad Abd Maujud pentahkiq kitab tersebut “Telah menaskan oleh Imam Syafi’e dan ashab atas membaca Quran ini
bahawasanya hendaklah membaca yang ziarah akan apa yang mudah dan berdoa bagi mereka itu selepas daripada membaca Quran.
Telah
berkata ashab “Kerana keadaan berdoa setelah membaca Quran itu lebih hampir kepada perkenan dan keadaan mayat itu
seperti orang yang hadir yang diharap bagi mereka itu akan rahmat dan berkat. Dan jika membaca Quran itu diatas perkuburan
maka adalah lebih elok. Dan adalah pahala membaca itu bagi pembaca dan jika yang membaca itu memohon kepada Allah swt supaya
menjadikan pahala bacaan tersebut bagi mayat maka hasillah pahala tersebut bagi mayat. Dan ialah yang berjalan kebiasaan manusia
dengannya pada segala zaman.” ( m.s. 657 juzuk 1 )
Berkata Imam Nawawi pada kitab Al-Azkaar : ‘ Dan
disunatkan bagi yang ziarah kubur itu memperbanyakkan daripada membaca Al-Quran dan zikir dan berdoa bagi demikian penghuni
kubur dan sekelian yang telah mati dan sekelian orang Islam.’ ( m.s. 135 )
Dan tersebut pada kitab Majmu’
Imam Nawawi : ‘ Dan telah berjalan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan satu jama’ah dari kalangan ulamak dan satu
jama’ah daripada Ashab As-Syaafi’e kepada bahawasanya pahala membaca Quran itu sampai ia. Dan yang mukhtar bahawa
berkata yang ziarah itu selepas membaca Al-Quran : Ya Allah! Sampaikanlah akan pahala apa yang telah aku baca.’ ( m.s.
509-510 juzuk 16 )
Berkata Imam Nawawi pada kitab Syarah Muslim : ‘ Dan yang masyhur pada mazhab kami bahwasanya
membaca Quran bagi mayat tiada sampai pahalanya kepada mayat. Dan berkata satu jama’ah dari Ashab kami : Sampai pahalanya
kepada mayat dan dengannya berkata oleh Imam Ahmad.’ ( m.s. 90 juzuk 7 )
Berkata Syeikh Abi Bakr Ad-Dimyaati
pada kitab I’aanaa al-Tholibin : ‘Dan katanya “tiada sampai pahalanya” itu adalah dhaif dan katanya
“telah berkata satu jemaah dari Ashab kami sampai pahalanya” adalah muktamad.’ ( m.s. 221 juzuk 3 )
Berkata
Syeikh Khotib Syarbini as-Syaafi’e pada kitab Mughni Muhtaj : ‘Dan membaca orang yang ziarah itu disisi kuburnya
akan Quran apa yang mudah baginya dan yaitu sunat pada segala perkuburan maka bahawasanya pahalanya bagi sekelian yang hadir
dan mayat itu seperti sekelian yang hadir yang diharap akan baginya rahmat’ ( m.s.365 juzuk 1 )
Syeikh Khotib
Syarbini juga berkata pada kitab Al-Iqna’ : ‘Dan membaca oleh yang ziarah itu disisi penghuni kubur itu akan
apa yang mudah daripada Al-Quran maka sungguhnya rahmat itu turun ia pada tempat dibacakan Al-Quran. Dan mayat itu seperti
orang yang hadir yang diharapkan baginya akan rahmat dan hendaklah berdoa yang ziarah itu selepas membaca Al-Quran kerana
doa itu memberi guna kepada mayat. Dan doa selepas membaca Al-Quran lebih hampir kepada diperlkenankan.’ ( m.s. 181
juzuk 1)
Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansori As-Syaafi’e pada kitab Hasyiah Syarqowi : ‘Disunatkan bahawa
membaca oleh yang ziarah itu disi kuburnya daripada Quran apa yang mudah baginya dan berdoa baginya selepas berhadap ke arah
qiblat kerana doa itu memberi menafaat akan mayat dan yaitu selepas membaca lebih hampir kepada diperkenankan.’ ( m.s.
345 juzuk 1 )
Berkata Syeikh Muhammad Az-Zuhri As-Syaafi’e pada kitab Siraajul Wahhaaj : ‘Dan memberi
salam oleh yang ziarah akan kubur hal keadaannya sunat dan membaca akan apa yang mudah daripada Al-Quran dan berdoa kepada
mayat selepas membaca AlQuran.’ ( m.s. 115 juzuk )
Berkata Syeikhul Islam Syeikh Zakaria Al-Ansori As-Syyafi’e
pada kitab Fathul Wahhab : ‘ Dan bahawa membacalah oleh yang ziarah itu daripada Al-Quran apa yang mudah dan berdoalah
bagi mayat itu kemudian dari berhadap ke arah qiblat kerana doa itu memberi menafaat akan mayat dan berdoa selepas membaca
Al-Quran itu lebih hampir bagi diperkenankan doa.’ ( m.s. 101 juzuk 1 )
Berkata Syeikh Sulaiman Bujairimi as-Syaafi’e
pada kitab Syarh Khotib : ‘Disunatkan bahawa membaca disisi kubur itu akan suatu daripada Quran. Dan jika membaca
sampai khatam akan Al-Quran maka adalah ia lebih afdhal.’ ( ms.s.587 juzuk 2 )
Berkata Syeikh Ibrahim Al-Bajuri
as-Syaafi’e pada kitab Hasyiah ‘ala Ibn Qasim : ‘ Dan bahawa membaca oleh yang ziarah kubur itu akan
apa yang mudah dari Al-Quran seperti Surah Yaasin dan berdoa bagi mereka itu dan menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada
mereka itu.’ ( m.s. 255 juzuk 1 )
Berkata Syeikh Muhammad Nawawi As-Syaafi’e pada kitab Nihaayatuzzain
: ‘ Dan hendaklah membaca Quran oleh yang ziarah kubur itu dan berdoa selepas membaca Quran’ ( m.s. 162 )
Berkata Doktor Mustofa Khin pada kitab Al-Fiqhul Manhaji ‘ala mazhabi Syaafi’e : ‘Dan hendaklah
membaca disi kubur itu akan apa yang mudah daripada Al-Quran maka sungguhnya rahmat itu turun ia dimana saja tempat dibacakan
Al-Quran kemudian hendaklah ia berdoa bagi mereka itu setelah membaca dan hendaklah ia hadiahklan umpama pahala bacaannya
itu bagi sekelian arwah mereka itu. Maka sesungguhnya doa itu diharapkan akan perkenan. Dan apabila diperkenankan doa itu
nescaya mengambil faedahlah oleh mayat dari bacaan tersebut.’ ( m.s. 267 juzuk )
Berkata Al-Fadhil Doktor Wahbah
Zuhaili pada kitab Al-Fiqh Al-Islami : ‘Dan dengan yang demikian itu adalah mazhab mutakkhirin as-Syafi’eyyah
seperti mazhab imam-imam yang tiga yakni Hanafi, Maliki dan Hanbali atas sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada mayat.
Baerkata
As-Subki : “Dan yang menunjukkan atasnya oleh khabar dengan istinbat bahawasanya sebahagian Al-Quran itu apabila
diqasad dengannya memberi menafaat akan mayat dan meringankan apa yang ia berada padanya nescaya memberi menafaat akan mayat
itu .’
‘ Dan sungguhnya telah mengharuskan oleh Qadhi Hussain mengupah atas membaca Al-Quran disisi mayat.’
‘
Dan telah berkata Imam Ibn Solah ; “Dan sayugia bahawa berkata oleh yang membaca Quran itu : Ya
Allah! Sampaikanlah pahala apa yang telah kami baca kepada sifulan” Maka menjadikan olehnya akan doa. Dan tiada khilaf
pada yang demikian itu samada dekat atau jauh dan sepatutnya memutuskan dengan ini” ( m.s. 551-552 )
Berkata
Imam Ibn Qudaamah pada kitab Mughni : ‘ Dan bermula sekelian ini adalah hadith-hadith yang sahih. Dan padanya menjadi
dalil atas memberi guna akan mayat dengan sekelian amalan kebajikan. Kerana sungguhnya puasa dan haji dan doa dan istighfar
adalah ibadah yang bangsa badaniyyah sungguhnya telah menyampaikan oleh Allah akan menafaatnya kepada mayat.
Maka
seperti itu juga barang yang selainnya serta apa yang telah kami sebut daripada hadith pada pahala mereka yang membaca surah
Yaasin dan memberi ringan oleh Allah Ta’ala daripada sekelian ahli kubur dengan bacaannya itu.Dan kerana bahawasanya
telah ijma’ sekelian orang Islam.
Maka bahawasanya mereka itu pada segala masa dan segala negeri berkumpul mereka
itu membaca akan Al-Quran dan menghadiahkan akan pahalanya kepada segala mayat-mayat mereka itu dari pada ketiadaan ingkar.’
(m.s. 568 juzuk 2 )
Berkata Imam Ibn Taimiyyah pada kitab Majmu’ Fataawa : ‘ Dan telah berkhilaf oleh
ulamak pada sampainya amalan yang bangsa badaniyyah seperti puasa, solat dan membaca Quran. Dan yang sebenarnya bahawasanya
sekelian amalan tersebut sampai ia kepada mayat.’ ( m.s. 366 juzuk 24 )
Berkata Al-Fadhil Doktor Abd Karim Zaidan
pada kitab Al-Mufasshol fi Ahkaamil mar_ah : ‘ Dan yang lebih kuatnya pada masalah memberi guna akan mayat dengan
amalan orang hidup ialah pendapat mereka yang berkata dengan memberi guna akan mayat dengan apa jua amalan kebajikan yang
dikerjakan oleh orang yang masih hidup dan menghadiahkan pahalanya kepada mayat sebagaimana yang telah berkata oleh Ibn Qudaamah
al-Hanbali dan seperti mana yang telah berkata oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyah kerana segala dalil yang menunjukkan atas
memberi menafaat akan mayat dengan doa orang yang hidup dan istighfarnya bagi mayat dan sedekah daripadanya dan membayarkan
hutang daripadanya dan menghajikan daripadanya
dan selain demikian itu daripada amalan-amalan kebajikan yang telah
datang nas-nas Sunnah Nabawiyyah dengan sampai pahalanya kepada mayat. Dan apa yang tidak datang dengannya dari amalan kebajikan
oleh nas-nas yang jelas maka bahawasanya sekelian itu dikiaskan atas apa yang datang padanya oleh nas-nas yang terang.’
( m.s. 193 juzuk11 )
Berkata Syeikh Abu Abdillah Muhammad Ad-Dimasyqa pada kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaaful A_immah
: ‘ Berkata Imam Ibn Solah dari Imam-imam Syafi’iyyah : “Pada menghadiahkan Al-Quran berlaku khilaf
bagi para fuqahak. Dan yang atasnya beramal oleh kebanyakkan manusia adalah mengharuskan akan yang demikian itu.
Dan
sayugia apabila menghendaki akan yang demikian itu bahawa berkata ia ‘ Ya Alah! Sampaikanlah seumpama pahala apa yang
telah aku bacanya kepada sifulan maka dijadikannya akan doa. Dan tiada khilaf pada memberi menafaat oleh doa dan sampainya.
Dan ahli khair itu sungguhnya telah mendapat akan keberkatan pada menghubungkan segala yang telah mati dengan bacaan
Quran dan doa. Dan telah berkata Al-Muhibbu Thobari “ Dan adapun membaca disisi kubur maka telah berkata pada kitab
Al-Bahr ianya adalah sunat.” ( m.s. 159 )
Berkata Al-Fadhil Doktor Ahmad Syarbashyi pada kitab Yasalunaka fi-diin
: ‘Telah menetapkan oleh para Fuqahak bahawasanya pahala bacaan Al-Quran sampai ia kepada mayat bahkan sampai ia
kepada yang hidup sebagaimana yang telah disebut akan yang demikian itu pada kitab ulamak-ulamak besar mazhab Hanfi, Syafi’e
dan Hanbali. Yang demikian itu apabila memintalah oleh yang membacanya akan yang demikian itu daripada Allah Tabaraka Wata’ala.
Dan ini adalah kerana bahawasanya bacaan yang dihadiahkan itu adalah daripada pihak doa. Maka berniatlah pembaca dan berkata
“Ya Allah! Jadikanlah pahala apa yang telah aku baca kepada sifulan.” ( m.s. 235 juzuk 6 )
Berkata Al-‘Allamah
Doktor Nasr Farid Washil Mufti Negeri Mesir pada kitab Fatawa Islamiyyah : ‘ Bacaan Quran keatas seseorang kemudian
daripada matinya samada yang demikian itu dirumahnya atau dimasjid atau selepas solat jenazah atau disisi kubur adalah harus
ia pada syara’.
Dan ianya meringankan atas mayat didalam kuburnya. Bacaan Quran adalah sebab bagi turun segala
rahmat dan sebab bagi mendapat keampunan dan redha Tuhan. Orang yang telah mati mengambil menafaat dengan sekelian amalan-amalan
kebajikan dan setengah daripadanya ialah bacaan Al-Quran dengan izin Allah.’ ( m.s. 111 )
Tersebut pada kitab
Jaami’ul Fatawa Al-Mu’asoroh : ‘ Dan bacaan Quran bagi mayat itu jikalau adalah dekat kuburnya diharap
bahawa mengambil menafaat mayat itu dengannya kerana turunnya malaikat untuk mendengarnya dan serta malaikat tersebut rahmat
yang mengena akan pembaca dan tempat duduk itu sekeliannya sebagaimana telah sabit turunnya malaikat dengan ketenteraman dan
rahmat atas siapa yang membaca akan kitab Allah dan mempelajarinya. ( m.s. 116-117 )
Berkata Imam A’sa’aati
pada kitab Buluughul Amaani ‘ala Musnad Imam Ahmad : ‘Telah berkata Imam Al-Qurtubi : Dan sungguhnya telah
ijma’ oleh sekelian ulamak atas sampainya sedekah kepada segala yang telah mati dan demikian juga pendapat pada bacaan
Al-Quran dan doa dan istighfar kerana sekeliannya itu adalah sedekah. Telah mengkuatkan akan ini oleh hadith ‘Tiap-tiap
yang ma’ruf itu adalah sedekah. Maka tiadalah dikhususkan akan sedekah itu dengan harta sahaja. ( m.s. 105 juzuk 8 )
Telah berkata Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf bekas mufti negeri Mesir dan salah seorang anggota jama’ah ulamak-ulamak
besar Al-Azhar As-Syarif pada kitab Fatawa Syar’iyyah Wabuhuusu Islaamiyyah : ‘Maka apabila harus membaca
Yaasin disisi yang sedang sakit kerana meringankan kesakitan daripadanya dan disisi yang sedang naza’ kerana meringankan
sakaratul maut daripadanya maka kenapa pula tidak harus membacanya atas mereka yang telah mati kerana meringankan daripadanya
pada kuburnya juga.’ (m.s. 293 juzuk 2 )
Kemudian berkata pula Syeikh Muhammad Makhluf pada m.s. 296 juzuk yang
sama : ‘Berkata Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansori As-Syafi’e : Bahawasanya yang masyhur disisi maszhab (yakni
tidak sampai pahala bacaan Quran) ditangggung atas barang yang jikalau membaca Quran itu tidak pada sisi mayat dan tidak meniatkan
pahalanya bagi mayat atau berniat tetapi tidak berdoa.
Dan pada syarh Minhaj daripada kitab-kitab Syafi’iyyah
: Tidak sampai kepada mayat disisi kami oleh bacaan atas yang masyhur. Dan pendapat yang dipilih ialah sampai ia apabila
memohon pembaca akan Allah menyampaikan pahala bacaannya itu.
Dan sepatutnya berpegang dengan pendapat ini. Kerana
ianya adalah doa. Maka apabila harus berdoa kepada mayat dengan barang yang bukan bagi yang berdoa maka haruslah dengan lebih
utama dengan barang yang ia baginya. Dan tinggallah pekerjaan itu terhenti atas diperkenankan doa.” Dan ini makna tidaklah
hanya tertentu dengan bacaan bahkan berjalan ia pada yang lain dari amala-amalan.’
Kemudian Syeikh Muhammad
Makhluf berkata : ‘Telah berkata Imam Syaukani umum ayat tersebut ( An-Najmu 39 ) ditakhsiskan dengan sedekah daripada
anak simati kerana hadith sedekah dan ditakhsisikan dengan haji daripada anak kerana hadith Khas’am dan haji daripada
selain anak kerana hadith muhrim daripada Syubrumah dan ditakhsiskan dengan solat kerana hadith solat anak simati dan puasanya
bagi dua ibu bapanya serta solatnya dan puasanya bagi dirinya sendiri dan ditakhsisikan dengan puasa daripada anak simati
kerana hadith ini dan hadith puasa seorang perempuan daripada ibunya dan daripada selain anak simati kerana hadith puasa oleh
wali dan ditakhsiskan dengan bacaan surah Yaasin daripada anak simati dan lainnya kerana hadith ‘Bacalah atas mayat-mayat
kamu akan Yaasin’ dan ditakhsiskan dengan doa daripada anak kerana hadith ‘atau anak soleh yang mendoakan baginya’
dan doa dari orang lain kerana ayat ‘
Dan orang-orang yang datang kemudian daripada nereka itu berkata : Wahai
Tuhan kami ampunkanlah kepada kami dan bagi saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman’ dan kerana
hadith ‘Minta ampunlah bagi saudara kamu ini dan mintalah baginya ketetapan’.
Maka sebagaimana hadith-hadith
tersebut mengtakhsiskan ayat ini, mengtakhsiskan juga hadith-hadith tersebut akan hadith Abi Hurairah ( Apabila mati anak
Adam maka putuslah amalannya melainkan tiga perkara ) Maka pada zahirnya putuslah dari simati itu barang yang selain tiga
perkara itu yang ada ia sebagaimana yang telah ada. Dan kata setengah ulamak dikiaskan atas ini sekelian tempat akan lainnya.
Maka berhubunglah akan mayat oleh tiap-tiap suatu yang mengamalkan akan dia oleh orang lain bagi mayat itu.’ ( m.s.
297-298 juzuk 2 )
Berkata Al-Marhum As-Syeikh Jadul Haq bekas Syeikh Al-Azhar setelah beliah bentangkan segala dalil
dan pendapat-pendapat ulamak pada kitab Fatawaanya : ‘Maka sungguhnya harus membaca Al-Quran untuk mayat disisi
kubur atau jauh daripadanya, daripada anaknya atau dari lainnya samada sukanya atau dengan upah.
Dan sampai pahalanya
kepada mayat khususnya pula apabila berkata pembaca Quran itu sebelum membaca : Ya Allah! Jadikanlah pahala apa yang aku baca
itu kepada sifulan. Maka apabila keluarlah bacaan itu pada pihak doa nescaya adalah pahala untuk sifulan yang didoakan baginya
itu sebagai perkataan yang satu. Dan haruslah daripada ketiadaan khilaf sebagaimana yang telah lalu oleh naqalnya dari Ibn
Rusyd.
Dan bagi pembaca tersebut juga pahala bacaannya tiada kurang dari pahala mayat itu sedikit pun. Adapun apa
yang diberikan kepada pembaca daripada upah ( dibina atas pendapat Al-Malikiyyah ) dan masalah pahala dan upah samada sedikit
atau banyak maka urusan ini padanya terserah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan pada tanganNya mencurahkannya dan
memberikannya bagi sesiapa yang Ia kehendak dan betapa yang Ia kehendak.
Dan inlah apa yang saya cenderung kepada
memberi fatwa padanya sebagai takhrij atas membolehkan mengambil upah atas mengajarkan Al-Quran dan atas menjadi imam pada
sembahyang. Wallahu Subhanahu Wa Ta’ala A’lam’. ( m.s. 558 juzuk 2 )
Ayat 39 Surah An-Najm Firman
Allah swt : “ Dan tiada bagi manusia itu melainkan apa yang telah ia usahakan” Berkata Al_Fadhil Doktor Wahbah
Az-Zuhaili pada kitab Tafsir Al-Munir : ‘Daripada ayat yang mulia ini telah mengistinbat oleh Syafi’e rahimahullahu
Ta’ala bahawasanya bacaan itu tidak sampai dihadiahkan pahalanya kepada yang telah mati kerana bahawasanya ia bukannya
daripada amalan mereka itu dan bukan usaha mereka itu.
Dan yang muktamad pada mazhab-mazhab yang empat bahawa pahala bacaan itu sampai ia kepada segala yang telah mati kerana
ianya adalah pemberian dan doa dengan Al-Quran yang turunlah segala rahmat pada ketika dibacakan dia. Dan sungguhnya telah
sabit pada Sunnah Nabi sampainya doa dan sedekah kepada mayat.
Yang demikian itu telah diijma’kan atasnya. Imam
Muslim meriwayatkan didalam sahihnya dan Imam Bukhari didalam kitab Al_Adab dan Ashab as-Sunan melainkan Ibn Majah dari Abi
Hurairah r.a. bahawasanya Rasul Allah saw bersabda : “Apabila matilah seorang anak Adam putuslah amalannya melainkan
daripada tiga perkara yaitu sedekah jariyah atau ilmu yang diambil menafaat darinya atau anak soleh yang mendoakan baginya”
( m.s. 131-132 juzuk 27)
Berkata Imam Al-Qurtubi pada kitab tafsirnya Al-Jami’y li Ahkaam al-Quran : ‘Berkata
Rabi’ bin Anas : Menghendaki oleh Allah akan ayat ini akan orang kafir. Dan adapun orang yang beriman maka sabit baginya
apa yang ia telah usahakan dan apa yang telah berusaha baginya oleh orang yang lain. Dan kebanyakkan daripada hadith-hadith
menunjukkan atas pendapat ini. Dan bahawasanya orang yang beriman sampai kepadanya oleh pahala amal yang soleh dari selainnya.
Dan sungguhnya telah lalu kebanyakkan daripadanya bagi barang siapa yang memerhatikannya.’ ( m.s. 113 juzuk 17 )
Berkata
Syeikh Khazin pada kitab Tafsir Khazin : ‘Adapun yang demikian itu ( yakni manusia hanya dapat apa yang ia usahakan
) untuk kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Musa. Maka adapun umat ini maka baginya apa yang telah ia usahakan dan apa yang telah
mengusahakan untuk mereka oleh orang lain.’ ( m.s. 223 juzuk 6 )
Berkata Syeikh Muhammad Makhluf pada kitab
Fatawa Syar’iyyah : ‘ Dan adapun firman Allah Ta’ala ( Dan tiada bagi manusia itu melainkan apa yang
telah ia usahakan ) maka yaitu diqaidkan dengan apabila tidak memberikan oleh yang beramal itu akan pahala amalnya bagi lainnya.
Maka sungguhnya telah sabit pada dua kitab sahih bahawasanya Rasul Allah saw menyembelih dua ekor kibas yang besar salah satunya
untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya.
Dan telah masyhurlah riwayat hadith ini diriwayatkan oleh sejumlah
daripada sahabat. Maka haruslah mengqaidkan ayat ini dengan barang yang apabila tidak menjadikan oleh empunya amal itu untuk
lainnya. Dan telah sabit pada sunnah akan sebagai sabit yang sampai kepada darjat mutawatir bahawa barang siapa yang menjadikan
akan suatu dari amal-amal soleh untuk selainnya nescaya memberi menafaat oleh Allah dengannya seperti hadith solat anak dan
puasanya untuk dua ibu bapanya serta solatnya dan puasanya untuk dirinya sendiri dan hadith membaca Surah Al-Ikhlas dan memberi
pahalanya kepada sekelian yang telah mati dan baca Yaasin keatas mayat-mayat dan hadith “ Kami sedekahkan dari yang
mati kami dan kami hajikan dari mereka itu dan kami berdoa bagi mereka itu dengan sampai yang demikian itu kepada mereka dan
sungguhnya mereka suka dengannya sepertimana suka seorang kamu dengan suatu yang dihadiahkan kepadanya.”
Kemudian
katanya lagi : ‘Dan makna ayat itu bahawasanya tiada memberi menafaat akan manusia pada akhirat melainkan apa yang telah
ia amalkan pada dunia selama mana tidak mengamalkan baginya oleh orang lain akan satu amalan dan memberikan pahala amalan
itu untuknya maka sungguhnya amalan itu memberi guna baginya.
Seperti itu jugalah siapa yang sembahyang atau puasa
atau bersedekah atau mendatangakan apa-apa amal kebajikan maka dijadikan pahalanya untuk selainnya nescaya harus ia. Tiada
beza antara bahawa ada ia amalan itu bangsa harta atau tubuh badan atau tersusun dari keduanya.’ ( m.s. 278-279 juzuk
2 )
Berkata Imam Syaukani pada Kitab nailul Authar: ‘Ayat ini umum yang ditakhsisikan dengan beberapa hadith
dan tiada pertentangan diantara yang am dan yang khas’
Berkata Al-Hafiz Imam Ibn Hajr pada kitab Fathul Baari
: ‘Sungguhnya umum usaha manusia pada ayat tersebut ditakhsisikan dengan ittifaq.’
Dan ramai lagi
ulamak-ulamak yang memberi pendapat dengan sampai pahala membaca Quran kepada simati dan harus menghadiahkan pahala amal kebajikan
untuk simati kami didalam kitab-kitab mereka yang bilangannya lebih dari 200 buah kitab dan kami sebutkan sebahagian darinya
untuk rujukan yaitu : • Imam Ibn Qayyim pada Kitab Ar-Ruh • Imam Abi Bakr al-Kasaani pada Kitab Bada’iu
as-Sonaa’i’ • Imam Al-Zaila’i pada Kitab Syarhul ‘ala Matan al-Kanz • Imam Ibn
‘Abidin pada Risalah Syifaau al-‘Alil • Imam As-Suyuthi pada Kitab Al-Itqan • Imam Ibn Hazm
pada Kitab Al-Muhalla • Imam Ibn al-Himam pada Kitab Fathul Qadir • Imam Al-Qaraafi pada Kitab Al-Furuq
• Imam Nawawi pada Kitab Minhaj • Syeikh Qalyubi pada Kitab Syarh Qalyubi • Syeikh ibn Hajar
pada Kitab Tuhfah • Syeikh Ramli pada Kitab An-Nihaayah • Syeikh Muhammad Ad-Dasuki pada Kitab Syarh Kabir
• Syeikh ‘Athiyah Soqr pada Kitab Fatawa Al_azhar as-Syarif
|